Hampir seminggu menyiapkan tempat semain yang baru ini tapi belom 100% siap pon baru dalam 70% janji boleh guna anak-anak benih hidup subur di tempat yang baru
Untuk permulaan musim ini terpaksa tukar polybeg yang lain. Polybeg yang lama langsung tak boleh digunakan sebab koyak,reput dan hancur. Kos polybeg untuk 1000 unit adalah RM 325 yang mana 1kg = RM6.50, 1kg = 20 pcs dan memerlukan sekurang-kurangnya 50kg.
Ini hasil yang terakhir di kutip di kebun Jumlahnya 38 kg sahaja Maka selepas ini bermula lah musim yang kedua
Tuesday, February 2, 2010
Semusim pon belom lagi habis tapi polybeg dah belah. Ni jenis yang ada UV kalau yang biasa lagi la teruk belahnya. Musim yang kedua nak cuba polybeg yang warna hitam pulak. Sebab ramai yang menyatakan ia lebih tahan dan yang penting murah!