Sunday, May 2, 2010

Tempat semaian



Hampir seminggu menyiapkan tempat semain yang baru ini
tapi belom 100% siap pon baru dalam 70% janji boleh guna
anak-anak benih hidup subur di tempat yang baru

Friday, March 19, 2010

Penggunaan Polybeg Hitam




Musim kali ini nak cube polybeg hitam
Harap tiada msalah polybeg koyak dan reput.
Kalau boleh guna untuk 2 musim dah jimat RM360.

Tuesday, March 2, 2010

Polybeg koyak,reput dan hancur

Untuk permulaan musim ini terpaksa tukar polybeg yang lain. Polybeg yang lama langsung tak boleh digunakan sebab koyak,reput dan hancur. Kos polybeg untuk 1000 unit adalah RM 325 yang mana 1kg = RM6.50, 1kg = 20 pcs dan memerlukan sekurang-kurangnya 50kg.

Friday, February 26, 2010

Cantas Pokok




Kerja-kerja mencantas semua pokok yang ada
Nampak mudah tapi ambil masa 2 hari baru siap

Monday, February 22, 2010

Hasil yang terakhir

Ini hasil yang terakhir di kutip di kebun
Jumlahnya 38 kg sahaja
Maka selepas ini bermula lah musim yang kedua

Tuesday, February 2, 2010


Semusim pon belom lagi habis tapi polybeg dah belah. Ni jenis yang ada UV kalau yang biasa lagi la teruk belahnya.
Musim yang kedua nak cuba polybeg yang warna hitam pulak. Sebab ramai yang menyatakan ia lebih tahan dan yang penting murah!

Sunday, January 31, 2010

Dawai putus

Pokok yang tumbang disebabkan dawai pengikat berkarat dan putus
Lepas nih kena tukar saiz yang lebih besar supaya tidak putus

Tuesday, December 15, 2009

Hasil yang seterusnya



Hasil ini kira-kira 40 kg
Memang best kalau boleh dapat cam ni selalu

Sunday, November 15, 2009

Perangkap lalat yang simple dan berkesan


Perangkap lalat buah yang simple dan berkesan
Efektive 24 jam tu.. jimat tak payah gune racun
Botol tu cume ditebuk dengan 4 lubang yang ngam
untuk lalat masuk je. Dawai untuk gantung kapas
yang di celup dengan Methyl Eugonal untuk memikat
lalat untuk masuk ke dalam botol. Sedikit air di bawah
paras kapas tersebut untuk bagi lalat tu mandi dan lemas.
Seminggu sekali perlu tukar air dan kapas.
Mudah, Simple dan Berkesan

Thursday, November 12, 2009

Hasil yang pertama


Ini la hasil pertama kebun myrichagro
Hasil ini kira-kira 2kg
Harga borong sekarang sekitar RM8.00-RM9.00

Thursday, November 5, 2009

Buah Cili Sudah Mula Masak




Yeha.....senangnya dalam hati bila buah cili ku sudah masak
Maka bermula lah episod memetik buah yang masak
Bile susah di petik maka boleh la di jual
Bile sudah di jual maka ade la RM nye
Best Best Best

Friday, October 30, 2009

Buah semakin lebat




Alhamdulillah sedar tak sedar buah cili semakin lebat nampaknya
Hati semakin seronok dengan hasil yang ada
Hanya menanti buah bertukar warna dari hijau ke merah

Sunday, October 25, 2009

Pelekat serangga




Lalat : Alamak aku terkena.........
Pekebun : padan muke ko lain kali jangan datang sini, abis buah-buah cili ko kerjakan..sekarang ambil ubat ko!!!

Wednesday, October 14, 2009

Anak benih Kulai 568 untuk di jual



Anak benih jenis Kulai 568 berumur 40 hari untuk di jual
kami memang semai lebih sampai media tak cukup
jadi rasanya daripada terbiar baik dijual
1 tray 104 lubang = RM 50 ade 10 tray
Boleh hubungi saya 013 5816486

Sunday, October 11, 2009

Effektif Microrganisma ( EM )

1. 1 liter EM1 (cecair)
2. 1 liter bancuhan Molases atau gula merah atau gula kabung atau pisang masak diramas atau nasik di ramas
3. 18 liter air tanpa klorin ( air hujan/air sungai/air telaga )
4. Campuran di peram 3 hari hingga 7 hari atau lebih

- Hasilnya di panggil EMas sebanyak 20 liter
- PH 3-4
- Bancuhan : 1 liter = 360 liter atau sesedap rasa
- Kegunaan rawatan media dan pokok yang sakit

Thursday, October 8, 2009

Monday, October 5, 2009

Bunga dan putik



Bunga dan putik telah menjelma tanpa disedari
Hati pon bertambah seronok pabila mata melihatnya
Semangat bertambah berkobar-kobar
Kerana usaha selama ini telah menampakkan hasil

Sunday, September 27, 2009

Serangan Sang Monyet sebelum Aidilfitri



Seronok betul sang monyet main kat sini
Esok nak raya plak tu dia buat hal
Tu lah dugaan sebagai petani namanya
Sekarang tengah usahakan untuk menggunakan pagar eletrik
Harap2 berkesan lah hendaknya

Wednesday, September 16, 2009

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin
Kepada semua pengunjung-pengunjung blog nih

Sunday, September 13, 2009

Bendi dan cili secara konvensional



Dis sebabkan masih ada ruang maka di manfaatkan untuk tanaman bendi dan di selangselikan dengan cili yang mana masih banyak di tapak semaian.
Tapi kerja lebih la sikit disebabkan masalah rumput, air dan pembajaan.
Dari segi meracun tetap sama walau menggunakan ape jua kaedah penanaman

Wednesday, September 9, 2009

Penyakit dah mula menyerang, tolong...





Kerja-kerja meracun telah pon mengikut jadual dan telah tambahkan dengan 'pelekat racun'.
Kita tunggu hasilnya adakah penyakit2 ini berulang.
Pokok2 yang sakit telah pon di ganti dengan pokok standby