Hampir seminggu menyiapkan tempat semain yang baru ini tapi belom 100% siap pon baru dalam 70% janji boleh guna anak-anak benih hidup subur di tempat yang baru
Untuk permulaan musim ini terpaksa tukar polybeg yang lain. Polybeg yang lama langsung tak boleh digunakan sebab koyak,reput dan hancur. Kos polybeg untuk 1000 unit adalah RM 325 yang mana 1kg = RM6.50, 1kg = 20 pcs dan memerlukan sekurang-kurangnya 50kg.
Ini hasil yang terakhir di kutip di kebun Jumlahnya 38 kg sahaja Maka selepas ini bermula lah musim yang kedua
Tuesday, February 2, 2010
Semusim pon belom lagi habis tapi polybeg dah belah. Ni jenis yang ada UV kalau yang biasa lagi la teruk belahnya. Musim yang kedua nak cuba polybeg yang warna hitam pulak. Sebab ramai yang menyatakan ia lebih tahan dan yang penting murah!
Perangkap lalat buah yang simple dan berkesan Efektive 24 jam tu.. jimat tak payah gune racun Botol tu cume ditebuk dengan 4 lubang yang ngam untuk lalat masuk je. Dawai untuk gantung kapas yang di celup dengan Methyl Eugonal untuk memikat lalat untuk masuk ke dalam botol. Sedikit air di bawah paras kapas tersebut untuk bagi lalat tu mandi dan lemas. Seminggu sekali perlu tukar air dan kapas. Mudah, Simple dan Berkesan
Yeha.....senangnya dalam hati bila buah cili ku sudah masak Maka bermula lah episod memetik buah yang masak Bile susah di petik maka boleh la di jual Bile sudah di jual maka ade la RM nye Best Best Best
Alhamdulillah sedar tak sedar buah cili semakin lebat nampaknya Hati semakin seronok dengan hasil yang ada Hanya menanti buah bertukar warna dari hijau ke merah
Anak benih jenis Kulai 568 berumur 40 hari untuk di jual kami memang semai lebih sampai media tak cukup jadi rasanya daripada terbiar baik dijual 1 tray 104 lubang = RM 50 ade 10 tray Boleh hubungi saya 013 5816486
1. 1 liter EM1 (cecair) 2. 1 liter bancuhan Molases atau gula merah atau gula kabung atau pisang masak diramas atau nasik di ramas 3. 18 liter air tanpa klorin ( air hujan/air sungai/air telaga ) 4. Campuran di peram 3 hari hingga 7 hari atau lebih
- Hasilnya di panggil EMas sebanyak 20 liter - PH 3-4 - Bancuhan : 1 liter = 360 liter atau sesedap rasa - Kegunaan rawatan media dan pokok yang sakit
Bunga dan putik telah menjelma tanpa disedari Hati pon bertambah seronok pabila mata melihatnya Semangat bertambah berkobar-kobar Kerana usaha selama ini telah menampakkan hasil
Seronok betul sang monyet main kat sini Esok nak raya plak tu dia buat hal Tu lah dugaan sebagai petani namanya Sekarang tengah usahakan untuk menggunakan pagar eletrik Harap2 berkesan lah hendaknya
Dis sebabkan masih ada ruang maka di manfaatkan untuk tanaman bendi dan di selangselikan dengan cili yang mana masih banyak di tapak semaian. Tapi kerja lebih la sikit disebabkan masalah rumput, air dan pembajaan. Dari segi meracun tetap sama walau menggunakan ape jua kaedah penanaman
Kerja-kerja meracun telah pon mengikut jadual dan telah tambahkan dengan 'pelekat racun'. Kita tunggu hasilnya adakah penyakit2 ini berulang. Pokok2 yang sakit telah pon di ganti dengan pokok standby